Saturday, September 29, 2007

cuti oh cuti....

kenapa aku di ofis pagi ni??? of coz la sbb boss aku suh dtg ofis...i've to attend her client who should execute several documents and agreements...aaarrrgghhh....sanggupnye aku...huhu...actually aku x kesah pon...in fact, rumah dgn ofis aku x jauh mana pon. 3 minit berkereta...so seharusnyalah aku berbuat sesuatu yg baik di bulan mulia ni...is it true??tidak bermakna aku takut boss ke apa ke...cuma aku rasa ni pun satu tanggungjawab aku...lg pon x salah tolong dia n other staff aku yg duduk jauh dari ofis...aku sorang je yg duduk dekat dgn ofis...so pas nia aku pon nak pegi shopping as my mummy always says..."adik...bila nak p beli curtain baru?raya lagi 2 minggu ni..."hehehe...mak..mak...x lengkap rasanya raya tanpa langsir baru..aku sebnarnya x kesah sgt ada langsir baru ke tak...sbbnya thn depan aku dah nak pindah duduk umah aku sendiri...so x beli langsir baru pon x pe...tapi memandangkan mak aku bersungguh2 nak langsir baru, aku akan belikan...x kesah la...janji mak suke...sebenarnya byk lagi benda yang mak nak beli dan buat raya ni...cuma kdg2 aku je x layan mak...huhu..sori mak...bkn x nak layan, cuma saje je...hehehe...akan aku usahakan apa yg mak nak selagi mampu..mak dh byk berkorban utk aku selama ni...selama arwah ayah kandung & ayah tiri aku meninggal dunia...mak yg susah payah sekolahkan aku & hantar aku belajar tinggi sampai jadi apa yang aku ada sekarang...sekaranglah masa aku balas segalanya walaupun aku tahu, ia tetap x setanding jasa & kasih sayang sorg ibu...thanks mak...love u sooo much....

Friday, September 28, 2007

Kisah Ayah Pin

Al kisah, ayah pin boleh mendapatkan duit dgn menyeru jumlah wang yg dikehendaki dan dlm sekelip wang tersebut ada di dlm poket seluarnya. Sungguh hebat ayah pin..begitulah kata pengikutnya yg setia. Kalau pergi ke mana-mana sahaja, tentang wang tidak dirisaukan oleh ayah pin tetapi permintaan tersebut tidak melebihi RM500, 000.00 sehari, dan sekali seru hanya RM50 sahaja, itulah syarat yang perlu di ikuti oleh ayah pin..Suatu hari, ayah pin berjalan di kota metropolitan KL dengan harapanuntuk mencari ahli baru kerajaan langit dan merekrut mereka agar menjadi pengikut setianya. Selepas puas berjalan ayah pin singgah di satu kedai mamak untuk minum bersama pengikutnya. Setelah minum, dengan bangganya dia memanggil pelayan kedai tersebut dan meminta resit untuk membuat pembayaran. Pelayan tersebut memberikan resit yang bernilai RM200 kepada ayah pin dan dengan kembang lubang hidung ayah pin pun menyeru jumlah tersebut sebanyak 4x dan membayarnya. Pelayan kedai itu tergamam dan bertanya kepada ayah pin bagaimana dia melakukannya, ayah pin pun memberi satu syarat iaitu 'kalu demo nok tahu, keno joing kerajae langit dulu, *pah tu baru kawe bagi tau..' maka pelayan tersebut bersetuju dengan pelawaan ayah pin. Setelah memdapat seorang ahli baru ayah pin pun beredar dan memerhati mana-mana mangsa yang boleh dijadikan pengikutnya, Tetiba ayah pin tertarik dengan suatu benda yang memang dihajati sejak kecil lagi iaitu Ferrari di dlm kedai kereta Naza World, terdetik dihati ayah pin untuk memilikinya..ayah pin pun menuju ke kedai tersebut dan melihat-lihat kereta yg diidamkannya itu. Ayah pin memanggil jurujual kereta tersebut dan bertanyakan berapa harga kereta terbabit, dan pelayan itu memberitahu kepada ayah pin yang kereta tersebut beharga RM 485,000.00 OTR. Ayah pin berfikir seketika dan tiba-tiba dia berkata 'kawe noklah kalu *regho tu tapi bagi pok cik maso dale *sejhe dulu buleh? Pok cik nok gi *wak pitih *methar, *sekek lagi pok cik mari bagi pitih ko demo'. Setelah sejam berlalu ayah pin pun muncul dan bersama dengannya ada 1 guni plastic yang sarat dengan duit, terkejut jurujual tersebut lalu bertanya kepada ayah pin di mana dia mendapat duit itu, dgn bangga ayah pin menjawab 'kalu nok tahu keno joing kerajae langit dulu, pah tu baru buleh bagi tau'. Jurujual tersebut bersetuju dengan cadangan ayah pin untuk menjadi pengikutnya. Selepas segala urusan selesai ayah pin pun pulang dengan kereta barunya manakala pengikut-pengikutnya pula menaiki kereta iswara biru bersama dengan pengikut yang baru di rekrut..setiba dirumah pengikut barunya ertanya macam mana dia boleh dpt duit dengan senang sekali, dia memjawab bahawa dia adalah utusan tuhan dan akan mendapat apa yang dihajati dlm sekelip mata (dalam hati ayah pin berkata ' *kore ni suma budoh cayo ngan aku haaa..haaa..) Ayah pin memberitahu pengikutnya yang dia mahu beradu di dalam bilik istemewanya untuk memulihkan tenaga dan berehat seketika. Ayah pin masuk dan berbaring diatas tilamnya yang tak penah basuh dan mendapati sepucuk surat yang ditujukan kepadanya lalu membuka dan membacanya. Selesai membaca surat tersebut ayah pin tiba-tiba meraung dengan sekuat-kuatnya lalu pengsan. Pengikutnya terkejut lalu bergegas masuk ke dalam bilik itu dan mendapati ditangan ayah pin ada sepucuk surat dan mereka membacanya?suratnya berbunyi bergini... ===Kepada : Ayah PinDaripada : Toyol A/l TololPerkara : Perletakkan Jawatan Sebagai Pencari DuitAku dengan ini mengesahkan diri aku nak berenti keje dengan ko sebab ko aku hampir jadi biol nak curi duit sebanyak RM485, 000.00 tadi. Ko ingat aku tak reti penat ke? Lepas ni kalu ko nak duit pergi curi sendiri.Aku tak nak jadi macam kuli batak ko lagi. Padan muka ko..ha..ha?Bye dari aku,ToYol- moral ngan cite ni jgn jadi mcm ayah pin - nak duit kene keje rajin2 jangan guna toyol- jadi toyol2 sekalian sambung le keje korang? wakaka! dah kene?Legend (Lagenda?)*wak = buat*regho = harga*pah = lepas*methar = sebentar*sekek = sikit *pitih = duit*sejhe = sejam*kore = korang

Ucapkanlah Lailahaillallah....


Ucapan Laillahaillallah. Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnyayang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu". Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepadaAllah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawaAllah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allahualam

Thursday, September 27, 2007

first day aku berblog...


Assalamualaikum....

sesekali melihat blog kwn2 di alam siber ni, tetiba hati berdetik utk punya blog sendiri walaupun diri ni tidaklah pandai dlm dunia blogger ni...hatta tidak punya idea yg menarik utk post apa-apa di sini...atau tidak pandai utk bersajak atau membuat entri2 yg bahasanya sedap utk dibaca...cuma aku pun teringin utk punyai blog sendiri....apa pun terima kasih pada yg sudi menjengah ke blog aku yg x seberapa ni...akan aku usahakan dari masa ke masa utk updatekan blog ini...terima kasih lagi sekali pada yg sudi menjenguk ke sini...selamat menyambut bulan Ramadhan...dan selamat berbuka puasa...wassalam...