Friday, March 13, 2009

i suke posting ni....

*Kenapa Lelaki Tak Patut Tanya Soalan-Soalan Ni Bila Keluar Dating*
*“Sayang,kita nak makan kat mana?”*
*“Honey,hari ni keluar kita nak pergi mana?”*
*“B,nak buat apa hari ni?”*
To all the ladies,soalan-soalan yang biasa you all dengar kan?Biasanya tempat paling popular soalan ni keluar ialah kat dalam kereta.(kadang-kadang nampak muka u terus je soalan tu yang you dengar dulu dari si dia)
Kenapa guys suka tanya that question? And why girls do really like to be asked like that everytime keluar dating?
Meh nak explain skit(ehem,ehem)
Guys-they have this pemikiran yang diorang pikir kalau die kasi apa yang that girl nak, she will be happy. Guys are straight forward creatures.If guys want to know or want to say something,they just go straightly for it. So,it make sense la to a guy by asking questions seperti di atas,kira die rasa he made a good move la by asking what she wants to eat and what she wants to do..
Tapi…most of the time,he don’t know yang that is not apa yang that girl wants…
Why girls tak suke dengan semua questions tu?(kadang-kadang ok la,tapi everytime?)Because apa yang lelaki tak sedar is perempuan ni nak dibimbing.She wants her guy to make that decision.
Kalau that guy asked questions tu semua serupalah macam dia ‘melepaskan’ tanggungjawab membuat decision tu kepada that girl.
So,kepada lelaki semua,be a man and be her guide.Someone yang dia boleh depent on.Someone yang confident enough to make decisions and lead her on that date. That’s one form of attraction jugak.
So,next time,instead of asking *“Sayang kita nak makan kat mana?”* tukar la kepada
*“babe, I nak bawak you makan tempat special tonight”*
What do you guys think?
So,hope you guys enjoy the post and kalau nak tahu lebih lanjut pasal tips on dating and relationship ni,boleh check out my blog at
http://www.TipsGoda.com
Regards,Aidilwww.TipsGoda.com

Tuesday, March 10, 2009

Salam Maulidur Rasul 1930 Hijrah....


Salam Maulidur Rasul....selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W...semalam cuti umum sempena Maulid Nabi Muhammad....dan semalam juga majlis pertunangan aku....xde apa nak cite lebih2...cuma semuanya berjanlan lancar...tetamu yg hadir pon ramai sampai x muat rumah kak long n khemah yg dipasang....jamuan pun semuanya cukup n sempurna...moga majlis aku ni mendapat rahmat dan berkat oleh Allah....cuma aku x boleh nak upload byk gambar sbb cameraman aku sibuk dok menghidang makanan utk keluarga pihak lelaki....gambar aku byk diambil oleh keluarga pihak lelaki....nnt2 aku minta kat depa....lg satu x puas ati, nape la tudung aku senget....huhu...butik pengantik tu janji nak bg tudung bawal, tp bila sampai dia bg tudung yg lembut tu....aku plak baik ati, x suh tukar...may b sbb time tu terkejar2 kot....apa2 pon, sumenya tlh berakhir n berjalan lancar....amin.....


Monday, February 23, 2009

blog update...

salam....lamanya x update blog ni....bukan xde apa yg nak diupdate dlm ni, cuma kelapangan waktu yg kurang menyebabkan blog ni tak diupdate....insyaAllah aku akan cuba update bila ada kelapangan nnt...sekian....

Tuesday, February 10, 2009

CAR CRASHED...










driver lori





si kecik ni x nangis pon...




few meters dr keta aku...

kelmarin 9/2/09, aku ada kes di mahkamah tinggi alor star. pas kes aku pergi byk tempat, then around 1 pm baru bertolak balik ke sp. normally aku akan balik ikut jalan biasa.malas nak masuk high way sbb kena bawa laju....jalan biasa aku bawa 60-80 km/j...lg pun time2 tgh hari mmg mata ngantuk...suddently, dok tgk syok layan abby fana kat sinar fm, aku nampak 1 lori tanah tlh merempuh sebuah keta proton, just in front of my eyes.masa tu, aku x bawa laju, dlm 50-60 km/j.lg pun depan keta aku ada 1 lg lori.tp lori dpn keta aku sempat ngelak ke laluan bertentangan n aku sempat brek mengejut n syukur blakang aku x de keta yg ikut dekat. the accident happened just few meters dr keta aku....then, aku pon terus berenti keta n call 999 utk hantar ambulans. masa aku sampai ke tempat kejadian, xde sapa2 lg yg sampai n aku cuma risau pemandu keta tu dah mati.tp alhamdulillah pemandu keta n 2 org anak dia selamat.depa cedera kat kepala. pemandu lori cedera ringan. aku x nampak mcm mana accdient happen.cuma yg nampak lori dh rempuh keta tu. but according to driver lori, pemandu keta tu letak anak dia yg kecik bersama ngan dia waktu dia bawa keta.so keta x leh kawal...thanks God, x de nyawa yang melayang....moral of d story, jgn pandu keta sambil pangku anak kecik anda....sgt3 bahaya....sian si kecik, cedera kat bahagian pale.tp aku kagum ngan dia, langsung x nangis....may be terkejut kot....then, all of them di hantar ke hospital Yan. moga sume akan selamat......

Thursday, February 5, 2009

AHMAD AKIFF ILMAN...







Introducing our new family member...new born cute lil boy name Ahmad Akiff Ilman Bin Ahmad Lutfi, anak kepada sepupu aku Ida n Lutfi yang tinggal di KL...sgt cute n sihat anak buah baru aku ni, moga membesar ngan sihat n cerdik....x sabar plak nak tunggu both mummy n baby balik ke kedah...katanya lepas 10hb feb ni both baby n mummy akan berpantang di kampung.so boleh le aku balik kg tiap2 minggu....

Tuesday, February 3, 2009

WAJAH KEKASIH...

Tajuk posting di atas sebenarnya xde kena mengena dgn wajah kekasih sapa2 ye....tu tajuk lagu Dato Siti Nurhaliza masa zaman gunjingnya di hujung2 tahun 90-an. masa tu x salah lepas SPM aku dah masuk matrik UIA kat Lembah Pantai, aku beli 2nd album Siti. one of the peberet song i lagu WAJAH KEKASIH tu le....kalau nak dgr dlm track no 2 lagu dlm music playlist kat blog aku nih...lagu ni juga selalu jg peberet song aku nak karoke....hehe...ingat lagi masa kat UIA ada interblock karoke competition, aku nyanyi lagu ni, dpt no 2....yg jd juara nyanyi lagu pe ntah, tp siap ada penari...aku kalah sbb x de penari...aku nari sorang2...hahahaha....masa kat kuching ari tu pun aku nyanyi lagu ni jg...tp bkn competition, sekadar suka2 masa kwn len tgh dinner, so aku hiburkan ati depa ngan suara yg x brapa sedap aku nih....pendek kata, utk karoke, lagu ni je yg aku confident,lagu len mcm x brani....huhu...dah lama plak aku x karoke...x de teman nak ajak la....hurmmmm....

RUMAH BARUKU....





































Ni aku upload beberapa keping pic umah aku yg baru siap pasang curtain baru....pas pasang curtain je, umah terus jd berseri...huhu...rasa mcm x sabar je nak pindah masuk umah baru...cuma aku belum ada tarikh sesuai nak masuk umah baru since jalan dpn umah tu belum berturap lagi n construction depan rumah masih ada lg 90%...apa pun, perasaan teruja tu mmg x dpt nak sorok la....cakap pasal curtain aku ni, harga utk material / kain cuma RM376...tak la mahal mana sgt sbb aku beli kain yang biasa...then upah jahit n pasang railing n rod rm1150...so total sume dlm RM1526 which i considered as x mahal.sbb kakak yang jahit tu charge not according to market value.kalau kat kedai upah je RM18 sekaki, tp kat dia cuma RM11 je sekali.dan aku sgt berpuas ati ngan jahitan kakak tu n servis pasang railing n rod skali....so sapa2 berminat utk wat tempahan kat kakak yg jahit langsir aku, boleh la aku tolong rekemen kan....sure puas ati....jahitan kemas n cantik....x caya sila dtg ke umah aku...huhu...

CAR SERVICE...



sabtu lepas bersamaan 31/01/2009, aku pergi servis keta aku utk 20,000km...sebenarnya b4 CNY aku kena servis keta, tp appoinment x buat, so after CNY baru ada kekosongan...so jumaat aku buat appoinment, then sabtu aku p.tu pun dlm kul 3 lebih baru depa free...pagi dah fully booked...cakap pasal keta ni, a friend of mine (lawyer juga) pernah berseloroh, kalau sesapa nak beli keta 2nd hand, better tanya dulu sapa pemilik sebelum tu. kalau pemilik sebelum adalah lawyer, better think twice sblm nak beli....ini kerana, org yg berkerjaya mcm kami, byk sgt travelling. hari2 terkejar2 ke mahkamah....so milage keta mmg byk.cth mcm keta aku,baru 6 bulan aku beli, milage dah 20,000 lebih....


servis keta aku selesai dlm 1 jam setengah....then, pas tu terus balik umah je...niat di hati nak g singgah shopping, tp memandangkan aku hampir terkejut bila dpt bil servis kali ni, niat aku dimatikan serta merta....hahaha (bil servis kali ni memcecah sama nmgan insalment umah aku)....tp bg aku, byk mana pun yang aku terpaksa bayar, sebenarnya utk kebaikan aku n keta aku juga....lebih baik servis keta kat authorised service centre dr pegi kedai2 yg x authorised...apa2 terjadi, depa masih boleh bertanggungjwb...

CARILAH JODOH BERAGAMA..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia." Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.
Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?
Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.
Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.
Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.
BerhartaSyor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!
Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.
Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.
Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?
Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?
Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.
KeturunannyaAdapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.
Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?
Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.
KecantikannyaKecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.
Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.
Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.
AgamaAkhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.
Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.
Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.
Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

PETANDA KIAMAT

1) Penaklukan Baitulmuqaddis .bersabda: Dari Auf b. Malik r....a. katanya,Rasulullah s.a.w telah'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis .' - Hadith Sahih Bukhari~ perkara ni dah jadi dah.... depan mata.. walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.
2) Zina bermaharajalela.'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.' - Hadith Sahih Muslim~ perkara ni dah jadi dah... depan mata...... kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.
3) Bermaharajalela alat muzik.'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah~ perkara ni dah jadi dah... depan mata........ paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.
4) Menghias masjid & membanggakannya.'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.~ memang dah nampak dah........ tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada... masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih... cantik...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.'Tidak akan datang kiamat sehingga banyakperbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela... bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak...
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'- Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga.
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada.........
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang .Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)... pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar... ini siap tunjuk kat orang.. nak tunjukkan betapa besar 'lurah aku', betapa besar pinggul aku', betapa ramping badan ku... betapa 'flat' perut ku .... etc.... masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)
10) Bulan sabit kelihatan besar.'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani~ tak caya gi tengok... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamudengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernahdidengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie........ macam macam kan ....
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad~ tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ... buat tak tahu jek....
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim~ Dubai dah turun salji... Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir....Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:'Sampaikanlah pesanku biarpun...1 ayat...'

Friday, January 30, 2009

blog update...


hampir setahun lebih aku tak update blog ni...malas?lupa password?...jawapannya "ya" utk dua2 soalan tu...hehe...baru ari ni tetiba rasa nak jengah balik blog aku ni....bersawang dah rupanya....first entry cite pasal new born niece...mia nursara...mia skg dah setahun lebih umur dia...punya la lama aku x masuk sini...



sebenarnya dlm setahun lebih ni, byk cerita yg terjadi pd diri ku...masalahnya aku ni yang malas nak tulis kat sini...personal life story aku biar la aku simpan dalam hati...nnt tulis kat sini jd tatapan umum pulak....



sebelum tu, nak ucap tahniah pd cousin aku yg baru je deliver a cute lil boy...tahniah ida n lutfi...penantian selama 3 tahun akhirnya terlerai....dpt baby boy yg sgt cute...moga si kecil yg belum ada nama tu sihat, membesar dgn sempurna, cerdik, comel, jd anak soleh.....walaupun aku blm berkesempatan ada anak sendiri, tp kebahagiaan yg sepupu aku rasa turut sedikit aku rasa walaupun x seberapa....moga kebahagiaan yg telah kalian rasa, akan aku merasa juga suatu hari kelak...amin...